Kami warga Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti untuk:

** Menyempurnakan segala hasrat dan dasar MARA dalam pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan MRSM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

** Membentuk pelajar menjadi modal insan yang berguna dan berakhlak mulia selaras dengan moto kami 'Keunggulan Peribadi, Kecemerlangan Prestasi'.

** Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan dan berkualiti berteraskan Model Pengurusan Pendidikan MRSM serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

** Menyediakan persekitaran dan prasarana yang lengkap dan selamat bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

** Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan maktab.