Jabatan sains merupakan satu dari 4 jabatan yang terdapat di Maktab Rendah Sains Mara Kubang Pasu. Jabatan sains mempunyai 4 unit iaitu unit sains teras, unit biologi, unit fizik dan unit kimia. Jabatan ini diterajui oleh Pn. Fazilah binti Hamzah dibantu oleh 4 guru kanan setiap unit.

Jabatan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan lagi minat dan pengetahuan pelajar dalam menempuh dunia Sains dan Teknologi yang semakin berkembang. Antaranya ialah:

  • Kelas Pengayaan
  • Kelas Pengukuhan
  • Intervention
  • School Excellence Programme (S.E.P)
  • Seminar Teknik Menjawab
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Kem Sains
  • Pertandingan Projek Sains, Robot dan Roket
  • Pertandingan Sains dan Teknologi Peringkat kebangsaan dan Antarabangsa