Dibawah jabatan ini, guru-guru dibahagikan kepada 3 unit mengikut mengikut subjek iaitu subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Sains Komputer. Seramai 11 orang guru bernaung dibawah jabatan ini yang diketuai oleh Puan Siti Aisyah binti Endut selaku Ketua Jabatan Matematik.

 Unit yang dibentuk dibawah Jabatan Matematik : 

 1. Unit Matematik
 2. Unit Matematik Tambahan

 3. Unit Sains Komputer

Jabatan Matematik telah mengadakan pelbagai aktiviti dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Antaranya:
  • Memperbanyakkan kuiz, ujian selaras dan ujian semester
  • Mengadakan model khas untuk pelajar-pelajar lemah dan model pengayaan untuk pelajar-pelajar cemerlang
  • Mengadakan kelas-kelas pemulihan di sebelah petang dan pada hujung minggu
  • Mengadakan ceramah motivasi Matematik dan cara menjawab soalan