Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu terletak kira-kira 25 km dari Bandaraya Alor Star dan 15 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star. Perjalanan dari Alor Star mengambil masa kira-kira 20 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan. Maktab ini didirikan dikawasan yang tenang dan sesuai untuk iklim pembelajaran adalah strategik kerana terletak berhampiran dengan institusi-intitusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Institut Latihan dan Perindustrian (ILP) Kolej Komuniti Jitra dan beberapa institut pengajian tinggi yang lain di sekitar Jitra, Kedah